PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Rekreasi & Pelancongan

MASJID TERAPUNG

Masjid Tengku Tengah Zaharah yang juga dikenali sebagai “Masjid Terapung”. Ia kelihatan unik dan cantik pada malam hari dengan lampu warna warni. Masjid Tengku Tengah Zaharah yang dibina di atas pelantar terapung, yang memberikan ia sudut unik dan menjadi tarikan kepada pelancong yang datang ke bandar Kuala Terengganu. Masjid ini terletak di Teluk Ibai, hanya 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu dan berdekatan dengan kawasan pantai Terengganu.

Alamat

1010, Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Tel

013-366 9549

Waktu Operasi

ISTANA SHARQIYAH

Istana Syarqiyyah merupakan istana terbaru di Malaysia yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. Istana ini merupakan istana utama Sultan Terengganu dan segala majlis rasmi akan berlangsung di istana berkenaan. Di dalam kawasan istana ini juga terletak persemayaman utama buat baginda sultan dan keluarga diraja.

Alamat

Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu

No. Tel

096216000

Waktu Operasi

NASI DAGANG ATAS TOL

Nasi dagang Atas Tol merupakan tempat tarikan pelancong yang melawat ke Terengganu sinonim dengan makanan tradisi Terengganu iaitu nasi dagang ikan tongkol. Selain daripada nasi dagang, kedai ini juga menyediakan pelbagai juadah makanan pagi antaranya ialah, nasi minyak, mee goreng, laksam dan sebagainya bagi memenuhi citarasa setiap pengunjung. Kedai ini juga mempunyai ruang parking yang luas bagi memudahkan pengunjung.

Alamat

Hadapan Surau Tanah Lot, Kg, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Tel

013-9847846

Waktu Operasi

PUSAT SAINS & KREATIVITI TERENGGANU

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu terletak di Kampung Laut Chendering, 21080 Kuala Terengganu. Bagi tempahan tiket boleh walk in atau membeli secara atas talian. Pusat Sains & Kreativiti Terengganu dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat dan cuti umum. Pusat Sains & Kreativiti Terengganu menawarkan pameran sains, teknologi terkini, dan aktiviti kreatif bagi ilmu sains.

Alamat

Kampung Laut Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Tel

09-6174004

Waktu Operasi

PANTAI PANDAK

Pantai Pandak menjadi tarikan pelancong kerana keadaan pantai yang bersih, dan tenang. Pantai Pandak terletak di Jalan Pantai Peranginan Chendering, Kuala Terengganu tidak jauh dengan bandar Kuala Terengganu. Pantai ini dibenarkan untuk melakukan aktiviti mandi pantai jika bukan musim tengkujuh. Terdapat ramai kanan kanak yang bersuka ria mandi pantai dan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Terdapat juga ramai peniaga yang menjual makanan dan minuman di sekitar pantai tersebut untuk memudahkan pengunjung.

Alamat

Jalan Pantai Peranginan Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu

No. Tel

Waktu Operasi