Tempat makan tengah hari paling padu Kuala Terengganu. Kedai ini menjadi kemudahan orang ramai untuk menjamu makanan tengahari. Pelbagai pilihan lauk yang ada antaranya ialah, patin dan ikan baung masak tempoyak, ulam-ulaman, budu, perut bakar, daging bakar, sotong bakar dan sebagainya. Waktu operasi kedai ini dibuka pada setiap hari bermula jam 10.30 pagi hingga 4 petang.