11 Mac 2026 – Program Mahir Foto โ Dari Smartphone ke Spotlight: Journey Mobilegraphy Bersama Nuar Yusli yang telah berlangsung di NADI Kedai Buloh merupakan satu inisiatif bagi memperkasa kemahiran fotografi digital dalam kalangan komuniti setempat. Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik asas dan lanjutan dalam penghasilan gambar berkualiti tinggi menggunakan telefon pintar.
Sepanjang program, peserta didedahkan dengan pelbagai aspek penting dalam mobilegraphy seperti komposisi gambar, pencahayaan, sudut pengambilan serta penggunaan aplikasi penyuntingan bagi meningkatkan kualiti visual. Perkongsian oleh penceramah jemputan, Nuar Yusli, yang berpengalaman dalam bidang fotografi, turut memberi inspirasi dan panduan praktikal kepada para peserta.


