PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Cybersecurity : Cara Menggunakan Wifi Awam Dengan Selamat

12 Mac 2026 – Program Cara Menggunakan WiFi Awam Dengan Selamat yang telah dianjurkan di NADI Kedai Buloh bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan keselamatan siber dalam penggunaan internet, khususnya melalui rangkaian WiFi awam. Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang risiko-risiko yang mungkin dihadapi seperti kecurian data, serangan penggodam serta penyalahgunaan maklumat peribadi.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan langkah-langkah praktikal untuk melindungi diri ketika menggunakan WiFi awam, antaranya penggunaan kata laluan yang kukuh, pengaktifan pengesahan dua faktor, serta kepentingan mengelakkan akses kepada laman sensitif seperti perbankan dalam talian melalui rangkaian terbuka.

Program ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat dan dilihat sebagai satu usaha penting dalam membentuk pengguna internet yang lebih berwaspada dan bertanggungjawab. Diharapkan melalui program ini, para peserta dapat mengamalkan penggunaan internet yang selamat serta melindungi maklumat peribadi daripada sebarang ancaman siber.

Berita Berkaitan