PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Aktiviti Bazar Raya NADI : E-Football

14 Mac 2026 – Sempena penganjuran Bazar Raya NADI Kedai Buloh, satu aktiviti sampingan iaitu E-Football telah diadakan bagi memeriahkan suasana serta menarik penyertaan golongan pelajar. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan kemahiran dalam permainan bola sepak digital di samping berhibur dalam suasana yang santai dan kompetitif. Para peserta berentap secara sihat, sekali gus memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan daya saing dalam kalangan komuniti.

Selain menjadi platform hiburan, aktiviti ini turut memperkenalkan elemen e-sukan kepada masyarakat setempat serta menggalakkan penggunaan teknologi secara positif. Kehadiran pengunjung yang turut sama menyokong dan menyaksikan pertandingan ini telah menambahkan lagi kemeriahan Bazar Raya NADI Kedai Buloh.

Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan penglibatan komuniti dalam program berasaskan digital dan rekreasi.

Berita Berkaitan