4 Oktober 2025- Webinar Berkala Bahasa Inggeris ialah satu program pembelajaran khas yang dianjurkan oleh DILEA: Tuisyen Rakyat di bawah inisiatif NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional). Program ini bertujuan membantu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui sesi pembelajaran interaktif secara dalam talian.
Setiap edisi webinar memberi tumpuan kepada kemahiran tertentu seperti membaca, menulis, bertutur dan mendengar dengan pendekatan yang menyeronokkan dan mudah difahami. Bagi kali ini, tema yang diketengahkan ialah “Master the Reading Challenge”, di mana pelajar akan dibimbing oleh Cikgu Diyana (English Educator B.Ed. TESL) untuk menguasai teknik membaca dan memahami teks dengan lebih berkesan.
Matlamat Program dapat Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap teks Bahasa Inggeris. Selain itu, pelajar dapat membina keyakinan dalam menjawab soalan pemahaman dan karangan.
