17 Julai 2026 – Webinar E-Sukan: Analisis Prestasi Pemain bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah menilai dan meningkatkan prestasi dalam e-sukan melalui analisis data permainan. Peserta akan mempelajari cara mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pemain, memahami statistik permainan, serta menggunakan analisis prestasi untuk merancang strategi yang lebih berkesan. Program ini sesuai untuk pemain e-sukan, jurulatih dan individu yang ingin meningkatkan kemahiran secara sistematik dan profesional.
Objektif Program ini adalah memberi pendedahan tentang kepentingan analisis prestasi dalam e-sukan, membantu peserta memahami penggunaan statistik dan data permainan untuk meningkatkan prestasi, Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan aspek yang perlu diperbaiki dalam permainan dan menggalakkan pembangunan kemahiran secara berterusan melalui pendekatan analisis dan strategi yang berkesan.


