11 Jun 2026 – Program Nadi Kedai Buloh telah berlangsung EMPOWERHER Webinar Siri 21 & 22 yang membincangkan topik Pemasaran dan Operasi Perniagaan. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta dalam aspek pemasaran, pengurusan operasi serta strategi memperkukuhkan perniagaan. Melalui sesi perkongsian ini, peserta memperoleh pendedahan dan panduan berguna untuk membantu mengembangkan perniagaan secara lebih sistematik, berkesan dan berdaya saing.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menambah ilmu keusahawanan. Diharapkan ilmu dan perkongsian yang diperoleh melalui webinar ini dapat membantu para usahawan meningkatkan prestasi perniagaan serta melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya tahan dan berjaya pada masa hadapan.

