27 September 2025 – NADI dengan kerjasama Cikgu Hasfariza, Guru Hebat Bahasa, Daerah Hulu Selangor telah mengadakan Webinar Bahasa Melayu NADI DILEA – Webinar berkala edisi yang ke-empat khusus untuk pelajar Tingkatan 1-5 yang ingin memperbaiki pencapaian Bahasa Melayu mereka tanpa tekanan. Cikgu Hasfariza akan memberi penekanan dalam bahasa keagungan kita Bahasa Melayu.
Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada kaedah pembacaan aktif SQ3R yang memastikan pembacaan lebih fokus dan nota kemas dengan Sistem Cornell, memberi kelebihan dalam pembelajaran. Cikgu Hasfariza memberikan penerangan yang mudah difahami dan berkesan, memastikan para pelajar dapat memanfaatkan teknik yang diajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.


