PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Beladau Kolam

17 Jun 2025 – Program ini telah dilaksanakan oleh NADI Kluster Kuala Terengganu/ Kuala Nerus dengan kerjasama Pejabat MCMC Negeri Terengganu. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (K.I.S) yang menyasarkan murid tahap dua (10-12 tahun) sekolah rendah.

Taklimat KIS disampaikan oleh Cik Nasuha Nadia Binti Ripin, Pegawai MCMC Terengganu, dengan sokongan staf NADI Kedai Buloh, NADI PPR Hiliran, NADI Ladang, NADI Wakaf Mempelam, NADI Pulau Bahagia, NADI PSK Bukit Tunggal, NADI Petai Bubus, NADI Chendering, NADI Telaga Daing, dan NADI Felda Belara.
Kempen Internet Selamat: Modul Sekolah Rendah (10–12 Tahun) melibatkan 130 murid Tahap 2. Mereka ditempatkan di dewan sekolah dan juga di kelas kelas dan mengikuti lima pelajaran utama. Modul ini menekankan penggunaan internet secara positif, had umur penggunaan media sosial, serta kesedaran tentang risiko dalam talian.

Berita Berkaitan