PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Tok Dir

16 September 2025 – Program ini telah dilaksanakan oleh NADI Kluster Kuala Terengganu dengan kerjasama Pejabat MCMC Negeri Terengganu. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (K.I.S) yang menyasarkan murid tahap dua (9-12 tahun) sekolah rendah.

Taklimat KIS disampaikan oleh Cik Nasuha Nadia, Pegawai MCMC Terengganu, dengan sokongan staf NADI Kedai Buloh, NADI PPR Hiliran, NADI Ladang Gemilang, dan NADI Wakaf Mempelam. Kempen Internet Selamat: Modul Sekolah Rendah (10-12Tahun) melibatkan 220 murid Tahap 2.
Mereka ditempatkan di dewan sekolah dan makmal komputer. Di dewan sekolah, kita memberi secara taklimat kepada pelajar manakala di makmal komputer kita melakukan secara berkumpulan dan mengikuti pelajaran yang terdapat dalam modul. Kita pecahkan para pelajar dalam berkumpulan untuk membuat aktiviti. Modul ini membina asas kefahaman tentang penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab tanpa memperkenalkan media sosial secara langsung.

Berita Berkaitan