PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) Sekolah Menengah dan Ke Atas : Tajuk Malware

19 Julai 2025 – NADI Kedai Buloh telah mengadakan program KIS yang bertjauk Malware dan telah mempunyai 3 peserta dari golongan dewasa. Dalam webinar ini, ilmu yang kita dapat ialah apa itu malware, jenis jenis malware dan bagaimana malware boleh menyerang dalam golongan kita yang cetek pengetahuan tentang ini.

Apa Itu Malware? Malware (perisian hasad) ialah program atau kod jahat yang direka untuk merosakkan, mencuri data atau mengambil alih sistem komputer/peranti anda. Ia termasuk: Virus – Merebak melalui fail dan merosakkan sistem. Trojan – Menyamar sebagai aplikasi berguna tapi mencuri data. Spyware – Mengintip aktiviti tanpa kebenaran. Ransomware – Mengunci fail dan meminta wang tebusan. Adware – Menayangkan iklan yang mengganggu dan berpotensi berbahaya.

Bagaimana Malware Menyerang? Muat turun fail dari sumber tidak sah (termasuk aplikasi percuma atau fail ‘crack’) Klik pautan mencurigakan di media sosial, emel atau laman web palsu. Menggunakan Wi-Fi awam tanpa perlindungan. Tidak mengemaskini antivirus atau sistem peranti

Berita Berkaitan