8 Julai 2025 – Program ini telah dilaksanakan oleh NADI Kluster Kuala Terengganu/Kuala Nerus dengan kerjasama Pejabat MCMC Negeri Terengganu. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (K.I.S) yang menyasarkan murid tahap dua (10-12 tahun) sekolah rendah.
Taklimat KIS disampaikan oleh Cik Nasuha Nadia, Pegawai MCMC Terengganu, dengan sokongan staf NADI Kedai Buloh, NADI Bandar, NADI Ladang Gemilang, NADI Wakaf Mempelam, NADI Pulau Bahagia, dan NADI PSK Bukit Tunggal.
Kempen Internet Selamat: Modul Sekolah Rendah (10–12 Tahun) melibatkan 140 murid tahun 5 dan 6. Mereka ditempatkan di Dewan Terbuka Sekolah dan mengikuti lima pelajaran utama. Modul ini menekankan penggunaan internet secara positif, had umur penggunaan media sosial, serta kesedaran tentang risiko dalam talian.
Pihak NADI turut menyampaikan taklimat NADI Pintar kepada kesemua murid dan guru SK Teluk Menara (140 murid dan 7 orang guru) semasa acara di dewan. Pihak NADI juga menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada para guru. Staf NADI juga memperkenalkan aktiviti alternatif yang sesuai untuk murid, dan memberi pendedahan tentang perkhidmatan Pintar yang ada di NADI bagi manfaat komuniti setempat.


