Madrasah Darul Iman adalah sebuah Sekolah Agama Rakyat yang terletak di Kampung Kedai Buloh, Kuala Terengganu. Madrasah Darul Iman ditubuhkan pada tahun 2007, atas dasar kesedaran akan kepentingan ilmu agama di peringkat sekolah rendah lagi. Terdapat seramai 1000 orang murid dengan 120 orang guru dan termasuk kakitangan di Madrasah Darul Iman. Disebabkan madrasah ini berkonsepkan sekolah rakyat, semua kos pembelajaran, pengurusan, operasi, fasiliti, keselamatan dan lain-lain lagi ditanggung sepenuhnya menggunakan yuran daripada anak-anak pelajar di sini.