24 Mei 2026 – Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui program NEXUS akan melaksanakan Pertandingan MCMC NEXUS GO @ NADI bermula dari 20 April 2026 hingga 20 Julai 2026. Dalam pertandingan itu, NADI Kedai Buloh tidak ketinggalan untuk mempromosikan aplikasi ini kepada semua pengguna yang datang ke NADI untuk memuat turun aplikasi NEXUS.
Tujuan aplikasi ini dimuat turun adalah untuk menjalankan ujian kelajuan internet menggunakan data mudah alih melalui aplikasi tersebut. Pengguna berasa mudah dan puas hati apabila sistem ini diperkenalkan oleh MCMC untuk mengetahui secara cepat dan mudah apabila rangkaian ada masalah di sesetengah tempat.


