23 Mei 2025 – Seramai 4 pasukan mewakili NADI dari seluruh negeri Terengganu telah menyertai Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat Separuh Akhir dan Akhir bagi Negeri Terengganu yang berlangsung pada 23 Mei 2025.
Pertandingan ini diadakan bagi menentukan NADI yang peroleh tempat johan, naib johan, ketiga, dan keempat. Pertandingan separuh akhir dan akhir ini sekaligus dapat memilih wakil NADI Terengganu ke peringkat kebangsaan, selain memupuk semangat kesukanan dan memperkasa belia melalui platform e-sukan yang sihat dan kompetitif. Dalam pertandingan ini, NADI Kedai Buloh telah memperoleh tempat keempat dan kalah di peringkat separuh akhir.
Dalam perlawanan ini dapat menyaksikan aksi penuh strategi, semangat berpasukan dan persaingan sihat antara peserta. Suasana meriah dan penuh semangat menjadi bukti bahawa e-sukan kini semakin diterima sebagai salah satu platform pembangunan belia.
Penganjuran ini selaras dengan matlamat NADI untuk memperkasa komuniti melalui pendekatan kreatif dan inklusif, di samping mendekatkan belia dengan nilai murni seperti kerjasama, kepimpinan dan disiplin melalui sukan digital.


