22 Jun 2025 – Program ini telah dilaksanakan oleh NADI Kluster Kuala Terengganu/Kuala Nerus dengan kerjasama Pejabat MCMC Negeri Terengganu. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (K.I.S) yang menyasarkan murid tahap satu (7-8tahun) sekolah rendah.
Taklimat KIS disampaikan oleh Cik Nasuha Nadia, Pegawai MCMC Terengganu, dengan sokongan staf NADI Kedai Buloh, NADI PSK Bukit Tunggal, NADI PPR Hiliran, NADI Ladang Gemilang, NADI Pulau Bahagia, NADI Petai Bubus, NADI Mengabang Lekar, NADI Cendering, dan NADI Telaga Daing.
Kempen Internet Selamat: Modul Sekolah Rendah (7-9 Tahun) melibatkan 110 murid Tahap 1. Mereka ditempatkan di dewan sekolah dan mengikuti pelajaran yang terdapat dalam modul. Modul ini membina asas kefahaman tentang penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab tanpa memperkenalkan media sosial secara langsung.


