PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI 2025

6 September – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kedai Buloh telah berjaya menganjurkan Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI 2025 pada hari Sabtu, bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Program ini diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bertujuan memupuk semangat patriotik serta mengeratkan silaturrahim dalam kalangan komuniti setempat.

Pelbagai aktiviti menarik berjaya dilaksanakan antaranya:

  • Mari Mewarna Bertemakan Merdeka

  • Tayangan Video Pacak filem Mat Kilau & Kuiz Merdeka

  • Senaman Sihat: Adik Jom Lompat, Workout Ala Kartun!!

Sambutan yang penuh warna-warni ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan bakat, malah turut menyemarakkan rasa cinta akan tanah air. Penganjuran ini membuktikan bahawa NADI terus komited dalam menganjurkan program bermanfaat yang mendidik serta menghiburkan masyarakat setempat.

Berita Berkaitan