3 Julai 2026 – Program Komuniti Maxis merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Maxis yang bertujuan memperkasakan komuniti melalui pendidikan digital, pembangunan kemahiran serta aktiviti kemasyarakatan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama NADI bagi memberi manfaat kepada penduduk setempat melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan berimpak.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah, pertandingan mewarna bagi kategori kanak kanak, pertandingan mobile legend, pertandingan memasak, demo anyaman ketupat pulut, gubahan kain batik dan banyak lagi aktiviti yang menarik turut dijalankan.
Program ini mendapat sambutan daripada penduduk kampung yang turut membuka gerai jualan. Tidak dilupakan jualan rahmah turut diadakan bagi memudahkan penduduk membeli barang keperluan asas dengan harga jauh lebih rendah. Terdapat agensi kerajaan juga turut membuka kiosk antaranya ialah, kaunter bergerak KWSP, kaunter bergerak klinik gigi, kaunter bergerak MBKT, kaunter E-Kaseh dan banyak lagi.


