14 Mac 2026 – Bazar Raya NADI 2026 di NADI Kedai Buloh merupakan program komuniti yang berlangsung pada 14 Mac 2026 dari jam 8 pagi hingga 3 petang. Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik seperti Kidspreneur yang memberi pendedahan keusahawanan kepada kanak-kanak, serta NADIpreneur dan Empowerher yang memfokuskan pembangunan kemahiran usahawan bagi remaja dan dewasa. Selain itu, pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah serta mendapatkan saringan kesihatan percuma. Program ini bertujuan menggalakkan semangat keusahawanan, memperkukuh komuniti setempat, dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan.

Aktiviti Bazar Raya NADI : E-Football
14 Mac 2026 – Sempena penganjuran Bazar Raya NADI Kedai Buloh, satu aktiviti sampingan iaitu

