25 September 2025- Webinar Cybersecurity yang dijalankan di NADI Kedai Buloh. Webinar ini membincangkan keselamatan telefon pintar kepada golongan ushawan di mana mereka seratus peratus menggunakan teknologi digital. Mereka menggunakan teknologi digital untuk mempromosikan jualan mereka supaya makin berkembang. Akan tetapi, ramai daripada mereka yang tersalah guna sehingga terjerat dengan ancaman siber yang tidak diingini. Peserta akan didedahkan dengan kaedah perlindungan asas seperti tetapan keselamatan, kemas kini sistem, serta semakan kebenaran aplikasi.
Peserta yang hadir untuk menyertai webinar ini adalah seramai 3 orang penyertaan dari NADI Kedai Buloh. Mereka berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ancaman siber kepada usahawan memandangkan para usahawan sentiasa menggunakan telefon bimbit untuk meningkatkan jualan mereka.
