PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Kempen Internet Selamat Penjelajah Siber : Elak Perangkap Digital

4 April 2026 – Webinar Kempen Internet Selamat bertajuk “Penjelajah Siber: Elak Perangkap Digital” dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan keselamatan dalam penggunaan internet. Program ini memberi pendedahan mengenai ancaman siber seperti penipuan dalam talian, perkongsian maklumat peribadi tanpa kawalan, serta risiko keselamatan yang sering dihadapi oleh pengguna digital masa kini. Tiga orang pelajar Sekolah Rendah telah menyertai program ini di NADI Kedai Buloh.

Melalui webinar ini, peserta akan mempelajari langkah-langkah pencegahan, amalan penggunaan internet secara selamat, serta cara mengenal pasti dan mengelakkan perangkap digital. Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang ingin memperkukuh pengetahuan dan melindungi diri ketika melayari dunia siber.

Berita Berkaitan