PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar KIS : (AI Bijak: FOMO vs SAFE)

16 Mei 2026 – Kempen Internet Selamat bertemakan “AI Bijak: FOMO VS SAFE” merupakan satu inisiatif kesedaran digital yang bertujuan mendidik masyarakat mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan internet secara selamat, beretika serta bertanggungjawab. Kempen ini memberi penekanan terhadap sikap pengguna yang sering terpengaruh dengan perasaan Fear of Missing Out (FOMO) sehingga mudah mempercayai maklumat tidak sahih, terjebak dengan scam dalam talian dan berkongsi data peribadi tanpa kawalan.

Dua orang peserta dari NADI Kedai Buloh telah mengikuti program ini melalui pendekatan yang interaktif dan mesra komuniti, peserta didedahkan dengan tips keselamatan siber, cara mengenal pasti kandungan palsu yang dijana AI, langkah melindungi akaun digital serta kepentingan berfikir secara bijak sebelum berkongsi maklumat di media sosial. Kempen ini juga bertujuan melahirkan pengguna internet yang lebih peka, celik digital dan mampu menggunakan teknologi AI secara positif demi mewujudkan persekitaran internet yang selamat untuk semua lapisan masyarakat.

Berita Berkaitan