PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar NADI e-Sukan: Compositing & Editing

25 April 2026 – Webinar NADI e-Sukan bertajuk “Compositing & Editing” telah dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas dan teknik dalam penghasilan kandungan visual yang menarik dalam dunia e-sukan. Program ini telah disertai oleh Muhammad Muaz Hazeem Bin Jaafar yang mempunyai minat yang mendalam untuk belajar tentang ilmu e-sukan. Beliau telah banyak menghadiri permainan sukan atas talian seperti bang bang mobile legend, e-football dan sebagainya.

Program ini memfokuskan kepada kemahiran penyuntingan video, penggabungan elemen visual (compositing), serta penggunaan perisian bagi menghasilkan video berkualiti tinggi. Peserta turut didedahkan dengan teknik kreatif untuk meningkatkan daya tarikan kandungan digital, khususnya dalam konteks permainan kompetitif dan penstriman. Webinar ini terbuka kepada semua yang berminat untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang penyuntingan dan produksi kandungan e-sukan.

Berita Berkaitan