PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Bengkel Mahir Iot Inovasi untuk Pelajar Sekolah Menengah

11 Oktober 2025- Bengkel Mahir IoT Inovasi NADI merupakan program latihan khas anjuran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang bertujuan memperkenalkan peserta kepada dunia Internet of Things (IoT) serta penerapan inovasi digital dalam kehidupan seharian. NADI Kedai Buloh menghantar seorang peserta yang minat mendalam untuk belajar tentang Iot.

Melalui bengkel ini, peserta akan didedahkan kepada asas-asas teknologi IoT, cara penggunaan peranti pintar, serta penerapan idea inovatif bagi menyelesaikan masalah harian menggunakan teknologi. Program ini menggalakkan pembelajaran secara praktikal dan interaktif, di mana peserta dapat membina kefahaman tentang bagaimana peranti saling berhubung dan dikawal melalui internet.

Objektif Bengkel:

  • Memberi pendedahan asas tentang konsep dan fungsi IoT.

  • Meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang teknologi dan inovasi.

  • Mendorong kreativiti dalam mereka bentuk penyelesaian digital.

  • Menyokong aspirasi pendidikan digital selaras dengan perkembangan IR 4.0.

Berita Berkaitan