11 April 2026 – Webinar Berkala Bahasa Melayu telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan pelajar Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor sebagai usaha memperkukuh penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran penulisan, pemahaman, serta penggunaan tatabahasa yang betul dan berkesan dalam pelbagai situasi. Sepanjang webinar, para pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan peperiksaan, kaedah meningkatkan kualiti karangan, serta tips untuk memahami teks dengan lebih mendalam. Inisiatif ini diharap dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik serta keyakinan dalam penggunaan Bahasa Melayu.

Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI 2025
6 September – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kedai Buloh telah berjaya menganjurkan Program Khas

