10 Julai 2025 – Program Madani Rakyat (PMR) telah berlansung selama 3 hari program yang bertempat di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Semua NADI dalam daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Marang dan juga Hulu Terengganu telah terlibat sepanjang 3 hari program ini berlangsung. Petugas perlu memberikan komitmen dalam dua shift untuk menjaga booth NADI bagi mempromosikan perkhidmatan pintar yang disediakan di NADI.
Selain itu, pihak NADI juga memberikan perkhidmatan percuma kepada orang ramai untuk melakukan saringan kesihatan secara percuma iaitu, bmi, tekanan darah, gula, dan juga kolesterol. Sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung yang berkunjung di booth NADI.
Pelbagai aktiviti dan acara yang dijalankan bagi menarik minat golongan pelajar, belia dan juga dewasa. Pelbagai hadiah dan goodies yang disediakan bagi memberi kepada semua golongan pengunjung


