PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Saringan Kesihatan NADI Kedai Buloh

20 April 2026 – Program Saringan Kesihatan NADI Kedai Buloh telah dianjurkan sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan secara berkala. Program ini menawarkan pemeriksaan asas seperti tekanan darah, paras gula dalam darah, dan indeks jisim badan (BMI) bagi membantu peserta mengetahui tahap kesihatan masing-masing. Terdapat lima pengunjung yang hadir ke NADI Kedai Buloh untuk pemeriksaan kesihatan secara percuma termasuk golongan belia dan warga emas.

Selain itu, peserta turut diberikan nasihat kesihatan serta panduan amalan gaya hidup sihat bagi mencegah penyakit tidak berjangkit. Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan diharapkan dapat memupuk kesedaran untuk mengambil langkah awal dalam menjaga kesihatan diri.

Berita Berkaitan