14 Februari 2026 – NADI Kedai Buloh telah menganjurkan Webinar Berkala Sejarah di bawah siri NADI Nurture Dilea. Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar dalam subjek sejarah untuk lebih faham dan minat tentang subjek sejarah yang dianjurkan oleh pihak NADI. Program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu komuniti setempat untuk menghadiri kelas atas talian ini secara percuma sekaligus dapat membantu meringankan beban ibu bapa untuk tidak hantar pelajar ke kelas tambahan yang berbayar.
Sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan ibu bapa membuktikan keperluan program seumpama ini diteruskan sebagai sokongan berterusan kepada generasi muda. Penganjuran ini mencerminkan usaha konsisten NADI dalam memupuk pembangunan diri dan hala tuju pendidikan pelajar secara menyeluruh.


