PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Kidsventure – Live Webinar 5: Operasi Perniagaan

7 Februari 2026 – Program ini memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai asas pengurusan dan operasi perniagaan dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Seorang peserta cilik dari NADI Kedai Buloh mempunyai semangat yang berkobar kobar untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dan bersemangat untuk belajar dalam dunia perniagaan sejak umur ini.

Penyertaan ini membuktikan bahawa minat terhadap dunia keusahawanan boleh dipupuk sejak usia muda. Peserta cilik ini bukan sahaja berpeluang mempelajari kemahiran baharu, malah turut membina keyakinan diri serta pemikiran kreatif dalam memahami konsep perniagaan.

Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak untuk berani mencuba dan meneroka ilmu dalam bidang keusahawanan, seterusnya melahirkan generasi masa depan yang berdaya saing dan berinovasi.

Berita Berkaitan