3 April 2026 – Program E-Sukan di NADI Kedai Buloh kembali dengan pengisian yang lebih bermanfaat melalui sesi bertajuk “Komunikasi dalam Pasukan E-Sukan”. Program ini memberi penekanan kepada kepentingan komunikasi yang berkesan, kerjasama strategik, serta pembinaan keserasian antara ahli pasukan bagi mencapai prestasi terbaik dalam permainan kompetitif. Peserta akan didedahkan dengan teknik komunikasi yang jelas dan tersusun, di samping memahami peranan setiap individu dalam memastikan kejayaan pasukan. Program ini terbuka kepada semua golongan yang berminat untuk meningkatkan kemahiran komunikasi serta memperkukuh semangat berpasukan dalam dunia e-sukan. Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mengasah bakat anda bersama kami di NADI Kedai Buloh.

Program Usahawan Cilik Cohort 2 – Webinar 2: Perancangan Kewangan
17 Mei 2025, Program Usahawan Cilik Cohort 2 diteruskan dengan penganjuran Webinar ke-2 bertajuk Perancangan Kewangan.

